MOTOR SATU FASA ARUS ULANG ALIK
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Bertemu lagi kita di ASAS KAWALAN MOTOR yang kedua ni.Untuk pengetahuan anda, ini adalah nota sambungan dari ASAS KAWALAN MOTOR yang pertama.Tetapi kali ini kita akan berkongsi secara terperinci, dimana kita dapat lihat pada nota yang pertama huraiannya amat detail skit.Kali ini kita akan menhuraikan mengenai Motor Satu Fasa Arus Ulang Alik (a.c) Lebih kurang jugakla, cuma Tambah Arus Ulang Alik jak dibelakangnya hehehe..Bah jgn di kasi lama,jom layan....huhuhu"
Motor Aruhan Fasa Belah
*Stator
- Mengandungi 2 jenis lilitan – lilitan permulaan (starting winding) dan lilitan pergerakan/perjalanan(running winding).
- Lilitan pergerakan terdiri daripada dawai-dawai kasar dililitkan dibahagian dalam teras besi stator dan lilitan ini mempunyai nilai rintangan yang rendah serta nilai induktan yang tinggi.
- Bagi sebuah motor 4 kutub mengandungi set gelung bersiri disusun bertentangan antara satu sama lain.Begitu juga bagi motor 2 kutub mengandungi 2 set gelung bersiri disusun bertentangan antara satu sama lain.
- Lilitan permulaan terdiri daripada dawai-dawai halus tembaga dililitkan dibahagian luar stator berhampiran dengan rotor.
- Lilitan permulaan mempunyai nilai rintangan yang tinggi serta induktan yang rendah.Bagi motor 4 kutub mempunyai 4 gelung bersiri sementara bagi motor 2 kutub mempunyai 2 gelung bersiri disusun bertentangan antara satu sama lain.
- Kedua-dua gelung permulaan dan gerakan terpisah antara satu sama lain pada sudut 90 darjah elektrik.
contoh gambar stator
*Rotor
- Rotor bagi motor fasa belah adalah dari jenis sangkar tupai,binaannya sama dengan binaan rotor bagi motor 3 fasa.Disatu bahagian hujung rotor terpasang satu mekanisma yg terkendali secara emparan membuka satu suis yang terletak pada bingkai motor apabila kelajuan motor mencapai 75%.
jenis-jenis rotor
*Operasi Motor
- Kedua-dua lilitan,permulaan dan pergerakan bersambung dalam keadaan selari kepada
punca bekalan.Lilitan permulaan disirikan dengan suis empar(centrifugal switch)dimana dalam keadaan biasa suis adalah sentiasa tertutup.
- Apabila bekalan disambungkan ke motor,arus melalui kedua-dua gelung tersebut akan terpisah fasa antara satu sama lain disebabkan nilai induktif yang berbeza.Ini menghasilkan 2 gelombang arus yang terpisah fasa mengalir melalui kedua-dua lilitan,seterusnya menghasilkan putaran fluks magnet pada kutub stator motor.
- Putaran fluks magnet pada stator tersebut akan memotong bar magnet didalam rotor. Kedua-dua fluks bertindakbalas antara satu sama lain membentuk empar akan terbuka memutuskan bekalan pada lilitan permulaan dan motor beroperasi hanya dengan lilitan perjalanan sahaja.
*Suis Empar
- suis empar terletak pada bingkai penutup motor dan suis ini digerakkan secara mekanisma secara emparan keatas aci motor.Apabila kelajuan motor mencapai 75% suis tersebut akan terbuka,begitu juga apabila kelajuan motor mulai perlahan,suis tersebut akan kembali tertutup semula.
- kegagalan suis tersebut beroperasi (membuka)akan menyebabkan lilitan permulaan menjadi panas dan terbakar kerana lilitan permulaan dibuat untuk beroperasi hanya pada jangka masa yang pendek.
suis empar
- Motor aruhan fasa belah mempunyai suatu ciri pirau dan berjalan pada kesemua beban pada julat operasinya tanpa keperluan suatu pengawal laju.penurunan nilai voltan hanya memberi kesan yang kecil keatas kelajuannya tetapi inimenyebabkan penurunan tork.
- songsangan arah putaran boleh dibuat dengan menyongsangkan sama ada lilitan permulaan atau lilitan pergerakan.
contoh motor fasa belah
Motor Induksi Kapasitor Permulaan
- Pada asasnya motor jenis ini adalah serupa dengan motor fasa belah yang telah dibincangkan kecuali lilitan permulaannya mempunyai sebuah kapasitor bagi menggantikan tempat induktan.
- Dengan penggunaan kapasitor.suatu sasaran fasa yang lebih besar diantara arus didalam
ilitan permulaan dan lilitan gerakan akan diperolehi.Ini akan memberikan tork permulaan yang lebih besar dengan arus talian yang lebih kecil.
- Kedua-dua kapasitor dan lilitan permulaan disambung melalui suis empar.Apabila kelajuan motor mencapai 75% suis empar akan terbuka dan motor beroperasi cara induksi. Songsangan arah putaran motor boleh dibuat dengan menyongsangkan sama ada lilitan
permulaan atau lilitan gerakan.
motor induksi permulaan
Motor Kapasitor Permulaan Dan Pergerakan
- Motor jenis kapasitor permulaan dan pergerakan mengandungi 2 jenis lilitan yang dinamakan
main winding (belitan utama) dan lilitan tambahan (auxiliary winding)
- Motor jenis kapasitor permulaan dan pergerakan mengandungi 2 jenis lilitan yang dinamakan
main winding (belitan utama) dan lilitan tambahan (auxiliary winding)
- Lilitan tambahan bersambung cara siri dengan sebuah kapasitor yang dinamakan kapasitor gerakan.
- Ketika permulaan motor, kapasitor permulaan yang mempunyai nilai kapasiti yang tinggi diselarikan dengan kapasitor gerakan melalui suis empar.
- Apabila kelajuan rotor mencapai 75% suis empar terbuka memutuskan sambungan kapasitor permulaan.Kapasitor gerakan menentukan kedudukan fasa yang betul diantara kedua-dua arus untuk menghasilkan putaran medan magnet yang stabil didalam stator.
Motor Kapasitor kekal
- Motor kapasitor kekal mengandungi 2 jenis lilitan-lilitan utama dan lilitan tambahan. Kedua-dua menggunakan saiz dawai yang serupa dan bilangan lilitan yang sama banyak. Kedua-dua lilitan disambung kepada bekalan sepanjang motor tersebut beroperasi.
- Oleh kerana satu daripada lilitannya bersambung siri dengan kapasitor,maka arus yang mengalir melalui lilitan tersebut akan mendahului voltan menghasilkan perbezaan fasa yang perlu untuk pembentukan fluks magnet yang berputar dalam stator. Walau bagaimanapun,perbezaan fasanya adalah kecil begitu juga tork yang dihasilkan adalah rendah.
- Putaran motor boleh disongsangkan iaitu dengan mengubah sambungan bekalan dari A ke B sepertimana gambarajah diatas.
- Motor-motor kapasitor kekal banyak digunakan untuk kipas-kipas siling dan juga kipas meja.
- Motor-motor kapasitor kekal banyak digunakan untuk kipas-kipas siling dan juga kipas meja.
- Kapasitor jenis elektrolit dinamakan juga sebagai kapasitor permulaan (starting capacitor) kerana fungsinya untuk permulaan motor.
- Kapasitor jenis ini mengandungi dua elektrod aluminium yang dipisahkan oleh kertas terisi tepu bahan penebatan elektrolit.Kapasitor elektrolit hanya digunakan bagi membantu permulaan motor fasa tunggal dan kapasitor ini boleh didapati dengan nilai antara 75 hingga 600µf (110-330 volt).
Kapasitor Minyak
- Kapasitor jenis minyak atau kapasitor gerakan mengandungi elektrod aluminium.Kertas dan minyak sebagai penebat.Kapasitor minyak boleh didapati dengan nilai antara 2 - 60µf dan voltan 230 – 550 volt.
- Kapasitor jenis minyak biasanya digunakan untuk meningkat kecekapan pergerakan motor dan dibuat untuk berada di dalam litar sepanjang operasi motor. Oleh itu secara fizikalnya binaan sebuah kapasitor gerakan lebih besar dengan nilai kapasitan lebih rendah daripada kapasitor permulaan.
ok sampai sini dulu lah...nanti kita sambung bab kawalan motor satu fasa arus terus plak k, kalau mo share g facebook,twiter dan len2 tu just klik jak tombol di bawah ni k Assalamualaikum....
































